Sejarah

Kampung Sungai Dara diberi nama sempena nama seorang wanita yang bernama Dara. Beliau mempunyai seorang saudara perempuan yang bernama Sekiah. Menurut cerita, kedua-dua beradik ini telah dihanyutkan oleh arus sungai yang deras.

Geografi

Kampung Sungai Dara terletak di dalam mukim Ulu Bernam, daerah Batang Padang. Kedudukannya ialah 18 km dari pekan Tanjung Malim dan 23 km dari pekan Slim River. Keluasan penempatan penduduk adalah 4 ekar. Jarak antara rumah penduduk dengan penduduk yang lain adalah berdekatan. Ini kerana

Tokoh

Tuan Haji Abdul Rani bin Sidek pjk, pk

Tuan Haji Abdul Rani adalah Ketua Kampung yang pertama. Beliau menyandang jawatan Ketua Kampung sejak diawal pembukaan kampung sehingga tahun 2005.

Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh beliau semenjak menjadi Ketua Kampung. Krediabiliti beliau terbukti di daerah Batang Padang sehingga dilantik memegang pelbagai jawatan penting di peringkat mukim dan daerah.
No posts.
No posts.

Cadangan dan Komen

Blogs ini adalah dalam proses mengemaskini data-data dan info. Jika terdapat sebarang cadangan dan komen, emailkan kepada editor enjoy_mas04@yahoo.com . Saya memohon maaf sekiranya terdapat isi kandungan blogs ini yang tidak berapa tepat. Cadangan dan komen amat di alu-alukan.
Sekian Terima Kasih